Tiada angin tiada ribut, nama Izreen Azminda tiba-tiba menjadi sebutan di TikTok apabila seorang individu mendedahkan pasangan suami isteri itu tidak saling mengikuti Instagram masing-masing.
Selepas mendapat tahu tentang hal itu, Izreen tidak berdiam diri dan menerusi entri di Instagram, pelakon itu telah menjelaskan kekeliruan yang berlaku disebabkan video terbabit.
Menurutnya, dia dan suami, Ude Wahid sememangnya sudah lama tidak mengikuti Instagram masing-masing namun hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.
Izreen turut mempersoalkan motif pengguna TikTok tersebut memuat naik video sedemikian kerana ianya boleh mengundang komen negatif dan menghina selain membuka aib orang lain.
Akui sudah lama berdiam diri dengan individu yang sengaja mencetuskan perbalahan seperti itu, Izreen berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Difahamkan, individu tersebut telah pun menyahaktifkan akaun TikTok tersebut.
The post “Hang Pulak Gelabah Bewak” – Viral di TikTok Sebab ‘Unfollow’ Suami, Izreen Azminda Tempelak Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments