#Hiburan: Selesai Bantu Mangsa Banjir Di Malaysia, Ardell Aryana Terbang Ke Syria Pula

Pelakon Ardell Aryana khabarnya telah terbang ke Syria bagi menghulurkan bantuan keperluan musim sejuk di sana setelah selesai menyalurkan sumbangan kepada mangsa di Malaysia.

Isteri kepada pelakon dan juga personaliti TV Nadzmi Adhwa itu berangkat ke Syria bagi mengikuti misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction sejak 28 Disember lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ??? ??????? (@ardellaryana)

Maklum Ardell, mereka telah berkunjung ke khemah pelarian di Idlib bagi urusan agihan sumbangan daripada rakya Malaysia kepada anak-anak yatim dan golongan memerlukan di wilayah bergolak itu.

Dia juga sempat menitipkan kata-kata terharu dan gembira kerana dapat menyampaikan amanah rakyat Malaysia di Syria.

View this post on Instagram

A post shared by ????? ????? ??? ???? (@nadzmiadhwa)

Advertisement

Dalam hantaran lain, Nadzmi juga ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram (IG) di mana dia menghantar isterinya itu dan mengucapkan selamat tinggal serta mendoakan agar misi bantuan di sana berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Ardell memang dikenali sebagai seorang ikon pertubuhan sukarelawan yang aktif dalam memberi bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan tidak kiralah di Malaysia atau di negara-negara yang bergolak seperti Syria.

Nadzmi Adhwa
9 bulan lalu

"Hari Lahir Kau Aku Yang Dapat Hadiah!" Nadzmi Adhwa Terharu Dapat Kereta Mewah Daripada Isteri, Ardell Aryana

The post Selesai Bantu Mangsa Banjir Di Malaysia, Ardell Aryana Terbang Ke Syria Pula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments