Setelah empat tahun hidup solo ditemani anak-anak, penyanyi Nora Ariffin dilaporkan telah selamat bergelar isteri sekali lagi apabila dia mengesahkan dirinya telah berkahwin.
Berita gembira itu dikongsikan Nora menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat di media sosial.
Jelas Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, dia kini bergelar suri hati kepada Dr Rushdi Ramli yang merupakan seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dalam hantaran tersebut, Nora memohon maaf kerana tidak memberitahu secara terbuka mengenai perkahwinan tersebut.
Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah, jauh sekali mencari publisiti.
Tambahnya lagi, dia hanya melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum syarak yang ditetapkan.
Terdahulu, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Arwah Johan kemudian kembali ke rahmatullah pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff pada 13 Disember 2019 yang pada ketika itu berusia 20 tahun.
The post (TAHNIAH) Secocok Dan Sepadan, Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri Kepada Dr Rushdi Ramli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments