#Hiburan: (TAKZIAH) Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru

Hampir setahun berjuang melawan penyakit kanser paru-paru yang dihadapi, bapa pelakon Liyana Jasmay iaitu Datuk Jasmay Md, Shah, meninggal dunia, semalam sekitar jam 11.30 pagi.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi pelakon tersebut yang juga merupakan anak bongsunya di kediaman mereka di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.

Advertisement

Pelakon yang pernah membintangi filem popular, Papadom itu turut berkongsikan perasaan dukanya menerusi satu perkongsian di Instagram bersama sekeping gambar dirinya bersama Allahyarham.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang. Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Liyana turut memberitahu arwah bapanya disembahyangkan di Masjid Al- Iman Kemensah Height pada pukul 3 petang, semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah.

Sekadar info, Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan meninggalkan isterinya, Datin Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

KJ
2 hari lalu

Penerima Vaksin Sinovac Perlu Dapatkan Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap

The post (TAKZIAH) Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments