#Hiburan: “Jangan ‘Double Standard” – Azhan Rani Bersuara Isu Kerah Mangsa Banjir Untuk Tarik Perhatian VIP

Baru-baru ini, pelakon Azhan Rani meluahkan pandangan tentang isu double standard yang didakwa berlaku di kawasan terjejas dengan bencana banjir.

Azhan Rani Akui Terseksa Kekalkan Rambut Perang
2 bulan lalu

"Terasa Seperti Makhluk Asing" - Azhan Rani Akui Terseksa Kekalkan Rambut Perang

Advertisement

Azhan menerusi laman sosial Instagram (IG) turut berkongsi tentang dakwaan mangsa banjir dikerah untuk membersihkan kawasan mereka dahulu sebelum dikunjungi orang kenamaan (VIP).

Baru dapat lunjur kaki balik dari shooting aku terbaca ni. Masyaallah entahlah sahih ke tak. Tapi aku percaya mana-mana tempat pun mesti ada cerita.

Tapi aku cuma harap ini bukan masa nak double standard. Nama pun nak datang bantu, datang je.

Menurut Azhan, kos upacara sambutan tersebut dapat jimatkan banyak wang ringgit dan tenaga ramai orang untuk bantu orang lain dari berbondong-bondong perlu menunduk mengipas seorang VIP.

Azhan turut berkongsi semula ciapan dibuat seorang individu di Twitter yang mendakwa ada pihak mengarahkan mangsa banjir untuk membersihkan kawasan terjejas kerana kunjungan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Azhan Rani

Dalam pada itu, Azhan juga sempat memuat naik sebuah posting tentang respons Tuanku Permaisuri Agong berkaitan isu tular tersebut.

Kita hentikan kebencian. Kita sama-sama perbaiki. Yang mampu kita tolonglah yang memerlukan walaupun dengan sepotong doa. Inshaallah.

Ujar Azhan lagi, ‘budaya’ orang bawah cuba kagumkan orang atasan ini tidak seharusnya berlaku dan ramai pemimpin berjiwa rakyat yang terlepas pandang situasi sebenar.

The post “Jangan ‘Double Standard” – Azhan Rani Bersuara Isu Kerah Mangsa Banjir Untuk Tarik Perhatian VIP first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments