#Hiburan: “Mangsa Banjir Perlu Tenaga Kerja Mencuci” – Wak Doyok

Menurut Wak Doyok yang terlibat sebagai sukarelawan bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ramai mangsa yang ditemuinya memerlukan bantuan tenaga kerja yang boleh memberi perkhidmatan kerja-kerja mencuci.

Wak Doyok
2 bulan lalu

Peminat Kejar Untuk Bergambar Sampai Kemalangan, Wak Doyok Ganti Rugi Baiki Motosikal Rosak

Advertisement

Ini adalah kerana, mangsa banjir di seluruh kawasan kini lebih memerlukan tenaga kerja atau sukarelawan yang boleh membantu mereka untuk membersihkan kediaman dan kelengkapan lain.

Mereka tak larat untuk bersihkan sendiri semua benda. Sebab itu mereka lebih memerlukan kepada tenaga kerja atau sukarelawan yang boleh bantu bersihkan rumah mereka.

Tambah Wak Doyok, pihaknya turut mengambil inisiatif mengumpulkan dana bagi menjayakan ‘Misi Kemanusiaan 2021 – Bantuan Bencana Banjir’ dengan menyediakan tenaga kerja mahupun bantuan kelengkapan lain.

Advertisement

Bukan itu sahaja, sebahagian dana telah pihaknya gunakan untuk mengupah hampir 80 orang sukarelawan yang terlibat kerana mereka tahu yang pasukan sukarelawan sendiri juga terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Wak Doyok

Selain mengupah sukarelawan, pihaknya turut menggunakan dana tersebut untuk membeli kelengkapan untuk kerja-kerja pembersihan seperti penyembur air dan lori set penjana elektrik.

Dalam misi tersebut, Wak Doyok merupakan wakil dan Presiden Bakti Kasih Malaysia bersama Pengarah R Global, Shahrin Ong Abdullah dan Pengarah Tadbrothers, Amir Hamzah Abdul Hamid.

The post “Mangsa Banjir Perlu Tenaga Kerja Mencuci” – Wak Doyok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments