#Hiburan: “Gelang Pink Pun Tak Ada” – Tular Foto di Banting, Faizal Azumu Didakwa Tak Kuarantin Balik Dari Dubai

Tular foto menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu berada di Bukit Changgang, Banting bagi membantu mangsa banjir di sana.

Namun, foto tersebut mengundang rasa kurang senang dan menaikkan kemarahan netizen kerana beliau didakwa tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari Dubai.

Advertisement

Balik sini memang terus turun program tak perlu kuarantin ya?”

Ramai netizen mempersoalkan tentang itu dan bertanya kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham di Twitter.

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu itu berkata dia hanya sempat bercuti di Dubai selama 12 jam kerana membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia akibat tidak tenteram memikirkan mangsa banjir.

Melihatkan keadaan banjir yang melanda negara, hati saya jadi tak tenteram,. Jadi, saya  beli tiket pulang selepas kira-kira 12 jam berada di sana.”

Menurut Malaysiakini, beliau bercuti ke Dubai dengan tujuan untuk berjumpa dengan anak-anaknya yang turut terbang ke negara itu dari UK.

Saya berlepas pulang pada pukul 8 pagi Khamis, sebelum arahan pulang dibuat Perdana Menteri.”

Ismail Sabri
4 hari lalu

Batal Percutian Sehingga Selesai Masalah Banjir, PM Arah Menteri Pulang Ke Tanah Air

The post “Gelang Pink Pun Tak Ada” – Tular Foto di Banting, Faizal Azumu Didakwa Tak Kuarantin Balik Dari Dubai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments