#Hiburan: Amaran Hujan Berterusan, 4 Negeri Diramal Banjir Bermula Esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan semalam.

Susulan daripada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) meramalkan kejadian banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Advertisement

Menurut satu kenyataan JPS, bencana itu dijangka bermula di Kelantan pada 31 Disember pukul 8 malam di Lembangan Sungai Kelantan membabitkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang manakala Lembangan Sungai Golok melibatkan Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang).

Turut dijangka bermula pada tarikh yang sama di Terengganu melibatkan Lembangan Sungai Besut dan Sungai Terengganu.

Di Pahang, kejadian itu dijangka bermula pada 1 Januari depan melibatkan daerah Maran, Temerloh, Jerantut, Kuantan dan Rompin manakala di Johor membabitkan kawasan sekitar di Mersing.

Advertisement

Dalam pada itu, JPS turut menasihati penduduk di kawasan berikut untuk berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau di Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir

Long Tiger ditangkap
4 jam lalu

Berjaya Ditangkap! Long Tiger Akan Direman Empat Hari

The post Amaran Hujan Berterusan, 4 Negeri Diramal Banjir Bermula Esok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments