Pelakon Intan Ladyana dan suami, Harris Alif dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas pasangan itu telah disahkan positif COVID-19.
Apa yang lebih membimbangkan peminat apabila keadaan Intan yang kini sarat hamil anak sulung.
Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di Instagram Melodi TV3 untuk pengetahuan peminat aktres dan juga personaliti TV itu.
Intan juga dilihat telah membuat satu hantaran di Instagram Story di mana dia berada di dalam ambulans untuk dibawa ke hospital kira-kira pukul 11 malam, semalam.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mendoakan agar pasangan ini tidak mengalami gejala serius dna kembali pulih seperti sedia kala.
The post Intan Ladyana & Harris Alif Dikejarkan Ke Hospital Sungai Buloh Kerana Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments