Penyanyi, Linda Rafar meminta orang ramai terutama pengguna media sosial yang sedang bercuti atau melancong agar tidak memuat naik sebarang hantaran bagi menjaga sensitiviti mangsa banjir.
Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abd. Rafar memuat naik satu hantaran dalam Instagram yang menyatakan dia berharap mereka yang tidak terkesan dengan musibah banjir dapat menjaga hati mangsa yang terlibat dan sedang bergelut mengharungi bencana.
Menurut anggota kumpulan Elite itu, tidak perlu untuk berkongsi di sosial media hantaran gambar makanan kerana ramai pihak terkesan yang tidak dapat makan.
Tolong janganlah post gambar makanan atau bercuti masa rakyat terseksa dengan keadaan banjir. Tak tolong tak apa, tapi tak perlulah nak tunjuk dalam media sosial ketika keadaan tengah kritikal!
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menyokong apa yang dikatakan oleh pelakon filem Litar Kasih itu.
“Simpan dulu semua foto-foto dan kenangan terindah itu. Sekurang-kurangnya hormatlah perasaan orang lain yang sedang diuji” tulis seorang pengguna Instagram.
“Setuju sangat. Ada yang 24 jam tak makan dan masih tersadai dengan bayi dan warga emas yang uzur” tulis seorang lagi pengikut.
The post “Tak Tolong Tak Apa, Tapi Tak Perlulah Tunjuk” – Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments