#Hiburan: Tular Video Rina Harun Cuci Simen Yang Dah Bersih, JKM Tampil Beri Kenyataan

Semalam, tular di media sosial apabila sebuah video pendek memaparkan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sedang mencuci sebuah kawasan yang sudah terlihat bersih daripada banjir sehingga mencetuskan kontroversi dan kritikan daripada orang ramai.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil membuat kenyataan mengenai perkara itu dan meminta warga maya tidak berterusan membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha Rina dalam Operasi Pasca Banjir.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, pihak JKM telah mengaturkan proses pembersihan di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) untuk mangsa banjir.

JKM amat berbesar hati atas kesudian YB Datuk Seri Rina untuk turut serta dalam operasi ini.

JKM selaku Jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian beliau untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan selama ini.

Jelas agensi itu lagi, Datuk Seri Rina telah berlapang dada dan dengan hati terbuka membantu untuk melakukan kerja tersebut dengan menggunakan waterjet yang sedia ada.

Advertisement

Terdahulu, DS Rina dikecam hebat oleh warga maya apabila dia dilihat sedang menyembur kawasan longkang dan koridor yang sudah bersih daripada sebarang sisa banjir.

Video itu telah menjadi pertikaian warga maya yang menyelar tindakan Rina kerana seolah-olah sedang ‘berlakon’ di hadapan kamera hanya untuk tujuan mengambil gambar dan video.

KWSP
20 jam lalu

Kerajaan Tak Berhasrat Luluskan Pengeluaran KWSP - PM Ismail Sabri

The post Tular Video Rina Harun Cuci Simen Yang Dah Bersih, JKM Tampil Beri Kenyataan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments