#Hiburan: Kerajaan Tak Berhasrat Luluskan Pengeluaran KWSP – PM Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan ketika ini tidak berhasrat unutk meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000 meskipun ramai yang terjejas dengan tragedi banjir baru-baru ini.

Ujar Ismail, ramai rakyat akan berisiko menjadi miskin tegar apabila bersara nanti.

Advertisement

KWSP

Tambahnya, kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan dan dana yang mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara serta bersedia menambah peruntukan.

Jika ada yang mahu buka perniagaan, TEKUN menawarkan pinjaman mudah RM10,000 tanpa faedah dan moratorium selama setahun.

Bagi yang mahu membeli barang keperluan rumah, Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan pinjaman persendirian RM10,000 tanpa faedah dan moratorium selama enam bulan.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan supaya permohonan pasca banjir dilakukan secara efisien dan dalam talian.

Advertisement

Tambahnya lagi, pihak berkuasa akan meletakkan insinerator bergerak atau mudah alih di kawasan terjejas banjir bagi tujuan melupuskan sampah sarap di kawasan bencana itu.

Difahamkan,alat pelupusan sampah itu kini hanya terdapat di Bukit Changgang dan Banting, seperti yang dilaporkan Kosmo Online.

Asyraf Wajdi Dusuki
1 hari lalu

Rakyat Bukan Suka-Suka Tuntut, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Minta Kerajaan Pertimbang Pengeluaran RM10K KWSP

The post Kerajaan Tak Berhasrat Luluskan Pengeluaran KWSP – PM Ismail Sabri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments