#Hiburan: Berjaya Ditangkap! Long Tiger Akan Direman Empat Hari

Abdul Hamim Ab. Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger telah berjaya ditangkap polis di Sungai Petani Kedah pada petang semalam dan pagi ini dia dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak.

Menerusi laporan Kosmo, tiga lagi individu lelaki telah dibawa bersama Long Tiger ke mahkamah kerana dipercayai telah memberi perlindungan kepada Long Tiger.

Advertisement
Long Tiger ditangkapSumber : Kosmo 

Kesemua suspek telah dicekup oleh pihak polis di Sungai Petani dan Yong Peng, Batu Pahat dan akan direman selama empat hari, sehingga 1 Januari.

Long Tiger yang dahulunya berjaya meloloskan diri itu masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol dibawah Seksyen 376 di Mahkamah Muar.

Butiran lanjut akan diberikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, tengah hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Najib Razak hirau salaman pakcik?
3 jam lalu

Tular Video Pakcik Hulur Tangan Nak Bersalaman, Najib Razak Tak Layan?

The post Berjaya Ditangkap! Long Tiger Akan Direman Empat Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments