Isu Harith Iskander mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir semakin reda apabila pelakon dan pelawak itu akhirnya tampil memohon maaf.
Menerusi permohonan maafnya, Harith memberitahu yang pertanyaan tentang fungsi anggota ATM itu timbul kerana menurutnya pada ketika itu, bilangan pasukan keselamatan dalam membantu mangsa banjir masih kurang.
Minta maaf kalau tweet saya menyinggung perasaan.
Minta maaf kalau tweet menyinggung perasaan. Untuk penjelasan ini wakt saya berada di "ground zero" dgn bot sendiri sempat menyelamat 12 org yg terperangkap. Bomba, Polis, NADMA ada. Dgn iklhas saya tanya pasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan https://t.co/cw3Da7aUfB
— Harith Iskander (@HarithIskander) December 24, 2021
Permohonan maaf tersebut dilakukan Harith menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.
Tambah Harith, dia mengakui yang tulisannya di Twitter sebelum ini agak kurang jelas sehingga telah menimbulkan salah faham banyak pihak.
Apa yang saya maksudkan ialah saya tak nampak angkatan tentera pada waktu dan tempat saya turun padang di empat lokasi sahaja.
Bukan itu sahaja, Harith juga turut mengeluarkan kenyataan yang dia sememangnya menghormati anggota ATM setinggi-tingginya dan tiada niat hendak mempertikai tugas mereka.
Sekadar info, Harith telah memuat naik sebuah kenyataan beberapa hari lalu yang mengatakan dia tidak melihat anggota ATM berada di kawasan yang terjejas seperti di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.
The post Harith Iskander Tampil Mohon Maaf Tentang Kenyataan Persoal Peranan ATM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments