#Hiburan: Turut Bersimpati Keadaan Banjir Kilat Di Malaysia, CEO Apple Sedia Hulur Bantuan

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu terdapat sesetengah negeri di Malaysia dilanda banjir kilat ditahap yang agak teruk sehingga ada yang terkorban akibat bencana ni.

Difahamkan, di negara Filipina dalam pada masa yang sama turut dibadai Taufan Rai atau dikenali sebagai Odette oleh penduduk tempatan disana dan ia disifatkan sebagai taufan yang paling teruk pernah berlaku disana pada tahun ini serta banyak individu yang terkorban.

Advertisement

Dalam pada itu, terdapat khabar angin mengatakan hujan berterusan di Malaysia sekarang ini akibat terkena tempias Taufan Rai, namun menurut laporan Astro Awani, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan hal tersebut.

Turut bersimpati dengan keadaan semasa di Malaysia sekarang ini, terbaharu sebuah ciapan di Twitter yang dibuat oleh Ketua Eksekutif (CEO) Apple Inc, Tim Cook menarik perhatian ramai terutamanya penduduk di negara ini.

Advertisement

Di dalam ciapan yang dibuat oleh beliau itu, Apple berbesar hati untuk turut membantu dengan menyumbangkan tenaga bagi meringankan beban, membaik pulih serta bantu dalam pembangunan jangka panjang.

Alhamdulillah, semakin ramai yang membantu..

Ismail Sabri
3 jam lalu

Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir - Perdana Menteri

The post Turut Bersimpati Keadaan Banjir Kilat Di Malaysia, CEO Apple Sedia Hulur Bantuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments