#Hiburan: “Air Mata Turun Tak Berhenti Bila Mula Tawaf” – Sufian Suhaimi Kongsi Pengalaman Kali Pertama Mengerjakan Umrah

Penyanyi, Sufian Suhaimi mengakui dirinya tidak dapat menahan sebak saat mengerjakan umrah buat pertama kali pada awal Disember lalu.

Sufian Suhaimi
1 bulan lalu

Sufian Suhaimi Tidak Mahu Berlengah, Kahwin Bila Jumpa Jodoh

Advertisement

Menurut Sufian, perkara utama yang ingin dilakukan ketika tiba di Tanah Suci Mekah adalah untuk melihat Kaabah dengan mata sendiri.

Sebelum tiba di Mekah, saya memang teruja untuk melihat Kaabah.

Sesampainya di sana, saya masih boleh kawal perasaan lagi tetapi apabila tawaf bermula, tiba-tiba hati menjadi sayu. Tak tahulah kenapa…

Tambah Sufian, hatinya menjadi sayu mungkin kerana dia mempunyai pelbagai isu yang perlu ditempuh sebelum mengerjakan umrah termasuklah hal kerja, hubungan cinta dan juga hal peribadi.

Disebabkan itu, Sufian telah gunakan kesempatan berada di sana untuk berdoa dan meminta kepada Allah supaya dipermudahkan urusan kerjanya, dipertemukan jodoh, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki dan kesejahteraan dunia serta akhirat.

Advertisement

Sufian Suhaimi

Sufian turut memberitahu yang dia berasa sangat puas ketika berdoa dan meminta hajat kepada Allah di sana serta berasa sedikit berbeza sekembalinya dia dari Mekah.

Ujar Sufian lagi, dia merasakan seperti ada doanya yang telah dimakbulkan dan apa yang dimintanya di sana juga sudah ada yang diperoleh.

Bukan itu sahaja, Sufian juga memaklumkan yang dia sememangnya mempunyai keinginan untuk kembali ke Mekah jika diberi peluang dan dikurniakan rezeki pada masa akan datang.

Ditanya tentang pengalaman mengerjakan umrah saat virus Covid-19 masih lagi mengganas, Sufian mendedahkan yang dia sentiasa berasa selamat ketika berada di sana kerana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan di sana begitu ketat.

The post “Air Mata Turun Tak Berhenti Bila Mula Tawaf” – Sufian Suhaimi Kongsi Pengalaman Kali Pertama Mengerjakan Umrah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments