#Hiburan: (TAHNIAH) Ikmal Amry Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Sulung Perempuan

Pelakon kacak, Ikmal Amry meluahkan rasa syukur apabila isteri tersayang, Najla Shamsul dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, semalam.

Ujar Ikmal yang dihubungi media, dia berasa tidak percaya kerana kini sudah memiliki seorang anak perempuan sebagai pelengkap hidup.

Advertisement

Dia dilihat turut berkongsikan mengenai berita gembira itu menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement

Assalamualaikum sayang daddy. Alhamdullilah syukur atas nikmat tak ternilai ni. Terima kasih semua yang mendoakan.

Najla Shamsul difahamkan telah melahirkan cahaya mata perempuan mereka secara normal di Hospital Pantai Kuala Lumpur kira-kira jam 12.41 tengah hari semalam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah buat pasangan itu di atas kelahiran si comel tersebut.

Terdahulu, Ikmal dan Najla telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Alif Ikmal
1 minggu lalu

Bakal Bergelar Bapa, Ikmal Amry Timba Ilmu Dari Alif Satar

The post (TAHNIAH) Ikmal Amry Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Sulung Perempuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments