Ketua Operasi Perbankan Bank Muamalat, Muhamad Radzuan Rahman tampil menafikan dakwaan mengenai institusi perbankan itu tidak menerima sekeping cek daripada seorang pelanggan di cawangan mereka yang terletak di Seremban minggu lalu kerana ‘tidak halal’, lapor TheStar.
Ujar Radzuan, perkara tersebut hanyalah salah faham dan cek itu tidak diterima kerana nama penerima seperti yang tertulis tidak sama dengan yang didaftarkan dalam sistem.
Katanya lagi, Bank Muamalat adalah sebuah institusi kewangan berlesen yang menyediakan perbankan termasuk memproses cek dan telah menjadi tanggungjawab mereka untuk menerimanya.
Biar saya jelaskan bahawa tidak wujud cek halal atau tidak halal. Cek berkenaan pada mulanya ditendang semata-mata atas sebab teknikal.
Radzuan dilaporkan tampil memberi penjelasan berkenaan ketika dalam sebuah pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Lobak, Chew Seh Yong dan wakil Persatuan Wah Chai di Seremban, pada Isnin.
Dia kemudian mengulas kenyataan Seh Yong pada Jumaat lalu yang mempersoalkan kredibiliti bank Muamalat yang menendang sekeping cek berjumlah RM1,500 daripada Persatuan Wah Chai kerana didakwa tidak halal.
Cek tersebut difahamkan akan ditunaikan untuk tujuan program pembaikan sebuah tanah perkuburan di Jalan Lee Sam.
Jelas Radzuan, seorang wakil Wah Chai telah memasukkan cek itu di mesin deposit dan tidak memaklumkan dengan mana-mana pihak bertugas.
Apabila kami terima cek tersebut, kami mahukan sendikit penjelasan mengenai tujuan derma dan sumber seperti yang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Ketika itulah kami mendapati bahawa nama penerima pada cek dan dalam sistem kami tidak sepadan. Jadi kami telefon dan minta mereka ambil semula cek itu.
Perkara itu menjadi salah faham apabila ada pihak yang menafsirkan keadaan itu sehingga timbul perkataan halal atau tidak halal.
Manakala Seh Yong dan wakil Persatuan Wah Chai telah menerima penjelasan bank Muamalat dan isu itu telah dianggap selesai.
The post Tular Dakwaan Cek Ditendang Kerana ‘Tidak Halal’, Bank Muamalat Tampil Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments