#Hiburan: Belum Habis Pantang Dah Redah Banjir, Wawa Zainal Turun Padang Hulur Bantuan Kepada Mangsa Terjejas

Pelakon dan juga usahawan kosmetik, Wawa Zainal sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat sanggup meredah banjir bagi membantu mangsa-mangsa terjejas meskipun masih berada dalam tempoh berpantang anak ke-4.

Difahamkan, Wawa baru sahaja dalam hari ke-24 berpantang selepas melahirkan anak bongsu, Jibril Ibtisam pada 30 November lalu.

Advertisement

Wawa Zainal
3 minggu lalu

Hari Ke-8 Berpantang Dah Pakai Kasut Tinggi, Wawa Zainal Jadi Tumpuan Netizen Di Instagram

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu turut berkongsi momen-momen ketika dia turun padang memberi bantuan berupa barang keperluan kepada mangsa banjir di Puchong, Selangor pada hari Jumaat yang lalu.

Advertisement

Saya turun padang sebab mahu merasai pengalaman dan tengok sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir.

Tiada apa yang perlu dirisaukan sebab saya masih lagi jaga pantang (selepas bersalin). Malah, suami juga merestui tindakan saya.

Berkongsi tentang pengalamannya ke kawasan terjejas bencana alam itu, Wawa memaklumkan lokasi yang dilawatinya itu sangat teruk dan banyak rumah penduduk kampung berkenaan telah ditenggelami air selain kerosakan harta benda.

Katanya lagi, penduduk kampung sangat memerlukan bantuan seperti tilam, bantal dan juga lampin bayi berbanding barang makanan kerana bantuan tersebut sudah banyak.

Dia dalam pada itu turut menyeru orang ramai yang berkemampuan dan mempunyai masa lebih agar bersama-sama turun menghulurkan bantuan tidak kira dari segi wang ringgit ataupun tenaga kerja.

“Diharap kalau ada rezeki atau tenaga lebih, bolehlah buat sumbangan. Jika bukan dalam bentuk duit, boleh sumbangkan juga dalam bentuk tenaga.” tambah Wawa lagi.

The post Belum Habis Pantang Dah Redah Banjir, Wawa Zainal Turun Padang Hulur Bantuan Kepada Mangsa Terjejas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments