Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida menerusi perkongsian di media sosialnya tampil menyeru orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan agar tidak tertumpu di satu kawasan semata-mata.
Sebaliknya, ujar Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman,50, masyarakat haruslah peka ketika memberi pertolongan kerana masih ada ramai mangsa yang tidak mendapat bantuan sewajarnya.
View this post on Instagram
Katanya, keadaan itu berlaku kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Dengkil, Selangor.
DS Vida difahamkan ada menyalurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Chemperai, Dengkil dan memaklumkan bahawa penduduk di kawasan itu tidak menerima bantuan yang mencukupi.
Saya tak puas hatilah di kawasan diuar-uarkan contohnya di Hulu Langat dan sebagainya, banyak sangat bantuan. Di sini, mana? Mana?
Kalau nak bagi bantuan, hantarlah ke sini di kampung ini. Kalau di sana sampai berlonggok-longgok, melimpah ruah. Di sini tak cukup. Tak cukup bantal, toto, dapur, tong gas dan air.
Dia yang turun padang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu turut disertai dua orang anaknya, Kacak dan Cik B.
Kecewa dan sedih melihat situasi itu, Vida menyeru kepada orang ramai agar menghantar bantuan ke kawasan Dengkil terutamanya berikutan kawasan tersebut tidak mendapat liputan yang meluas.
Terdahulu, hujan lebat yang melanda negara sejak minggu lalu telah mengakibatkan beberapa buah negeri terjejas teruk akibat bencana alam banjir yang turut mengorbankan ramai nyawa.
The post DS Vida Amuk Di IG, Mohon Beri Bantuan Banjir Kepada Penduduk Dengkil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments