Penyanyi, Liza Hanim memaklumkan dirinya dan lima anak-anak serta ibunya positif jangkitan virus Covid-19.
Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim binti Abdul Halim berkata, dia menerima ketentuan tersebut sebagai satu ujian dari Allah buatnya dan keluarga.
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, dia berharap orang ramai mendoakan agar mereka sembuh daripada wabak berbahaya berkenaan.
Kalau ikutkan seorang anak lelaki saya dijangkiti terlebih dahulu. Ada ahli keluarga yang datang ke rumah minggu lalu untuk ziarah anak lelaki ketiga yang baru sahaja berkhatan.
Menurut penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu, apabila dapat mengetahui anaknya sudah dijangkiti beberapa hari lalu, mereka bertujuh yang memang tinggal dalam satu rumah turut membuat ujian calitan di klinik berhampiran.
Jadi hasil ujian calitan, seorang demi seorang ahli keluarga mula dijangkiti termasuklah saya.
Jelas Liza, mereka semua kini menjalani kuarantin kendiri di rumah dan tinggal di dalam satu bilik. Makan dan minum disediakan oleh suami kerana suaminya seorang sahaja yang negatif.
Menerusi hantaran tersebut, Liza dihujani doa dan kata-kata semangat daripada pengikut dan rakan artis yang mendoakan dia serta keluarganya tabah dan kembali sihat seperti sedia kala.
The post “Yang Ditakuti Terjadi” – Liza Hanim Dan Lima Anak Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments