Pelakon Oktovia Manrose kini telah sah bergelar isteri buat kali kedua kepada bekas pemain bola sepak Melaka United, Mohamad Khairul Esfan pada Selasa lalu.
Pasangan ini dilaporkan telah disatukan dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar jam 9.30 malam semalam.
Aktres itu telah dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu penyanyi dangdut popular, Iqan Syahman sambil disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.
Oktovia dan Khairul telah diraikan dalam sebuah majlis bertemakan dalam taman dan tampil sama cantik sama padan dengan busana rona putih menyerikan lagi majlis indah itu.
Selain itu, Khiarul telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 kepada isteri serta lima dulang hantaran berbalas tiga.
Namun, wang hantaran yang diterima Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia itu dirahsiakan jumlahnya kepada umum.
Dalam pada itu, antara rakan artis yang hadir bagi menyerikan lagi majlis tersebut adalah seperti Uqasha Senrose, Kamal Adli, Nelydia Senrose, Aprena Manrose, Emma Maembong, Raysha Rizrose dan juga Lufya.
Terdahulu, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abdul Rahman pada tahun 2011 namun bercerai empat tahun selepas itu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 10 tahun.
The post (TAHNIAH) Oktovia Manrose Bergelar Isteri Setelah Enam Tahun Bergelar Ibu Tunggal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments