#Hiburan: Cari Melalui IG Live, Syanie Seronok Dapat Jumpa Kembali Dengan ‘Zali’

Seperti yang peminat tahu, kumpulan Senario bakal kembali dalam Jaga Jaga Senariounion arahan Aziz M Osman. Baru sahaja tamat penggambaran, ramai meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton legenda pelawak tanah air itu semua di kaca TV.

Malah, ramai yang masih ingat dengan filem-filem lama lakonan mereka.

Advertisement
Senario
1 minggu lalu

Menggamit Nostalgia Penonton, Senario Kembali Dengan 'Jaga Jaga Senariounion'

Pelakon, Syanie turut bersama Senario dalam Jaga Jaga Senariounion itu dan difahamkan ketika sesi penggambaran, dia meluahkan hasrat mahu bertemu dengan ‘anaknya’ di dalam filem Senario Lagi iaitu ‘Zali’.

Berusaha untuk mencari ‘Zali’, Syanie telah membuat sesi live di Instagram untuk mencari tahu keberadaannya serta turut menggesa orang ramai untuk membantunya menjejak ‘Zali’.

Advertisement

Hasrat Syanie menjadi kenyataan apabila ‘Zali’ atau nama sebenarnya, Alhariz Ismail telah datang ke set penggambaran untuk menemui mereka.

Menurut Harian Metro, live tersebut telah ditonton oleh sepupu Hariz dan telah berkongsi tentang hal itu kepada keluarganya.

Syanie dihubungi oleh ibu Hariz dan pemuda berusia 32 tahun itu kini sudah berumah tangga serta telah hadir ketika produksi menjalankan babak kenduri kahwin.

Malam semalam dia hadir dan dapatlah kami semua bersua. Dah besar dah ‘Zali’. “

The post Cari Melalui IG Live, Syanie Seronok Dapat Jumpa Kembali Dengan ‘Zali’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments