Suami Nora Danish, Nedim Nazri turut tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Lembah Klang.
Nedim yang lebih dikenali sebagai Boss Ned dikhabarkan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch bersama selebriti lain seperti Harith Iskander.
Menerusi entri di Instagram, Boss Ned ada berkongsi keadaan di Langat yang menyedihkan meskipun air sudah surut. Nora turut meluahkan rasa bangga terhadap suaminya kerana telah melakukan kerja-kerja sebegitu.
Berkongsi di instastory, Nora berkata dia terkejut melihat suaminya berkaki ayam meredah lumpur kerana Boss Ned sebenarnya seorang yang sangat penggeli.
Dia sendiri tidak tahu daripada mana suaminya mendapat semangat sehingga berjaya harungi semua itu selama empat hari berturut-turut, dari satu tempat ke tempat yang lain.
My hubs la seorang penggeli yang teramat.”
The post “Suami Saya Seorang Yang Penggeli Teramat” – Nora Danish Bangga Nedim Berkaki Ayam Bantu Mangsa Banjir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments