Semua sedia maklum mengenai keadaan penyanyi kumpulan terkenal Indigo, Bad yang kini bergelar orang kelainan upaya (OKU) berikutan telah kehilangan lima jari kaki akibat penyakit kencing manis yang dihadapinya sejak sekian lama.
Ujar Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah,46, dia tetap positif dan reda dengna ujian yang menimpanya itu meskipun telah mengundang rasa simpati daripada banyak pihak terutamanya peminat.
Maklumnya lagi, dia kini masih menerima rawatan susulan untuk memastikan kawasan jari kaki yang dibuang tiada jangkitan kuman dan sebagainya.
Saya masih dalam proses menerima rawatan susulan untuk pastikan tiada jangkitan. Selepas habis luka ini tertutup barulah saya akan berjalan semula.
Dalam pada itu, Bad ada meluahkan hasrat untuk berjalan semula namun ingin memikirkan terlebih dahulu berikutan kos pembuatan jari kaki palsu tersebut agak tinggi.
Namun, apa yang penting, dia akan berusaha kerana tekad untuk berjalan seperti biasa semula.
Pasangan Bad dan isteri, penyanyi Ashira difahamkan telah ditemui di kediaman mereka yang terletak di Petaling Jaya selepas menerima kunjungan daripada Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO).
Dalam kunjungan itu, Ahmad Syakir Ahmad Ubaidah selaku Ketua Pegawai Eksekutif telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai bernilai RM7,000 kepada Bad dan Ashira.
The post Luah Hasrat Untuk Berjalan Semula, Bad Indigo Harap Dapat Pakai Jari Kaki Palsu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments