Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Menteri Kesihatan tampil memberi penjelasan mengenai insiden 500 jemaah umrah yang terpaksa menunggu lebih lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Maklum Khairy, punca para jemaah terkandas adalah disebabkan kekurangan kaunter bagi urusan pemakaian peranti pengesanan digital kepada mereka, seperti laporan Sinar Harian.
Sehubungan dengan itu, Khairy telah mengambil keputusan untuk melepaskan para jemaah dan mewajibkan mereka memakai gelang pink.
Dan saya telah maklumkan sehingga syarikat yang mengendalikan (peranti pengesanan digital) tidak dapat buat di kaunter dengan cepat, kita masih lagi akan guna gelang pink.
Tetapi saya difahamkan mereka akan tambahkan kaunter, jadi tidak akan ada masalah.
Perkara tersebut dimaklumkan Khairy dalam sebuah program wawancara khas di sebuah siaran langsung Facebook Umno Online, semalam.
@uzm_87 #ad YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA. #fyp? #viral #umrah #YBKJ #SOP ? original sound – Zulkifli Mohamed
Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa lebih kurang 500 jemaah umrah yang baru tiba dari tanah suci Mekah ‘mengamuk’ kerana terpaksa menunggu lebih lima jam di KLIA.
Ini berikutan pemakaian peranti pengesanan sudah mula diwajibkan buat jemaah yang pulang dari Arab Saudi kerana kebanyakan kes COVID-19 di negara ini banyak melibatkan varian Omicron daripada negara Timur Tengah.
The post Kekurangan Kaunter Punca 500 Mangsa Jemaah Terkandas – Khairy Jamaluddin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments