#Hiburan: Dipilih Menjadi Wajah Jenama Tudung Allahyarham Siti Sarah, Anzalna Luah Rasa Sebak

Pelakon, Anzalna dipilih sebagai wajah kepada koleksi terbaharu jenama tudung Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan menggantikan legasinya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Anzalna mengumumkan perkara tersebut dan dilihat gagal menahan air mata apabila sebak ketika sesi penggambaran berlangsung.

Advertisement

Malah, ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut mengalirkan air mata.

Mula-mula saya macam berbelah bahagi sebab jenama tudung itu memang dah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah. Banyak kali tanya pendapat suami.

Menurut pelakon Renyai Takbir Raya itu, dia tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran disebabkan terlalu emosi kerana sangat rindukan arwah.

Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi ini yang menjadi pilihan saya.

Advertisement

Dalam pada itu, Anzalna mengakui dia dihujani pelbagai tawaran daripada jenama tudung terkemuka.

Anzalna Nasir
3 minggu lalu

Bapa Jadi CEO FINAS, Anzalna Semakin 'Didekati' Untuk Dapatkan Tawaran Kerja

The post Dipilih Menjadi Wajah Jenama Tudung Allahyarham Siti Sarah, Anzalna Luah Rasa Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments