Kisah yang sungguh menyayat hati apabila cerita gadis remaja yang berusia 14 tahun menetap di Bandung, Indonesia dilaporkan diculik dan dirogol telah tular di media sosial.
Lebih menyedihkan, mangsa tersebut turut dipaksa untuk melakukan aktiviti pelacuran bagi melayan nafsu para lelaki yang tidak berhati perut.
Hal tersebut terbongkar selepas seorang pengguna Instagram memuat naik beberapa keping foto dan kronologi kes itu di dalam akaun media sosialnya.
Memetik laporan dari Bekasi.pikiran rakyat, pemilik akaun berkenaan merupakan pekerja bapa kepada mangsa dan berdasarkan kenyataan laporan polis dibuat olehnya, mangsa telah diculik berhampiran rumah yang jaraknya lebih kurang 50 meter.
Selepas diculik, mangsa telah dibawa ke tempat kejadian untuk dikurung sebelum dirinya dirogol secara beramai-ramai oleh 20 orang lelaki dan kemudiannya dilaporkan menjual mangsa di aplikasi MiChat.
Menurut pengguna Instagram yang memuat naik hantaran tersebut, para pelaku turut mengheret, memukul serta memaksa melayani nafsu lelaki jika tidak mahu dibunuh.
Perkembangan lanjut, akibat kejadian yang berlaku kepada si mangsa, sekarang ini gadis remaja itu mengalami gangguan mental dan trauma serta sering menjerit ketakutan.
The post Kejam! Remaja Indonesia Diculik & Dir*gol 20 Lelaki Sebelum Dipaksa Jadi Pelacur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments