Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah untuk membuka Kaunter Aduan Khas PDRM di setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kemudahan dibuat bagi membantu masyarakat yang terkesan dalam bencana banjir untuk memudahkan urusan dalam membuat sebarang laporan polis dan biarpun pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan keselesaan orang ramai, namun terdapat pula satu insiden tidak diingini berlaku melibatkan pegawai yang bertugas ketika itu.
Hal itu selepas terdapat keluhan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap petugas Kaunter Khas PDRM yang dikatakan ‘hilang’ pada waktu yang ditetapkan.
Menerusi sebuah tangkap layar yang tular di laman Twitter, kaunter aduan khas berkenaan dilihat kosong dan kejadian dikatakan berlaku di Medan Selera Karak, Bentong, baru-baru ini.
Difahamkan, kaunter tersebut sepatutnya dibuka pada pukul 8 pagi dan orang ramai sudah mula menunggu. Namun, anggota polis didakwa tiba lewat berbanding jadual yang ditetapkan.
Lebih mengejutkan, polis yang dikatakan telah tiba pada pukul 9.30 pagi sempat menyuruh orang ramai supaya tunggu kerana mereka mahu bersarapan.
Berhubung dengan perkara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BENTONG
Kes Tular Berkaitan Ketidakpuasan Hati Terhadap Anggota Bertugas Di Kaunter Aduan Khas PDRM Di Medan Selera Karak, Bentong, Pahang.
Sumber: Polis Bentong pic.twitter.com/7oA5mAZczx
— Polis Diraja M’sia (@PDRMsia) December 26, 2021
Berdasarkan kenyataan media yang dibuat olehnya, beliau mengakui perkara itu mungkin berlaku oleh sebab sikap segelintir petugasnya yang terbawa-bawa emosi bagi menangani keluhan orang ramai.
Selain itu, pihaknya juga turut memohon kerjasama individu yang terlibat agar segera tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222.
The post Pegawai Datang Lewat Di Kaunter Aduan Khas, Pentingkan ‘Sarapan’, PDRM Akan Jalankan Siasatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments