Selepas lima bulan menjalani rawatan pemulihan dadah, pelakon Indonesia sensasi iaitu Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie memohon agar pihak mahkamah meringankan hukuman.
Ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, Nia yang dikenali ramai dengan lakonannya dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu meminta tempoh pemulihan yang sepatutnya berlangsung selama 12 bulan dipendekkan.
Menurut Nia semasa sesi perbicaraan, dia sudah pun menyesal atas segala hal yang dilakukan olehnya dan kini banyak menghabiskan masa mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Menurut Liputan 6, dengan mendekatkan diri kepada Allah membuatkan dirinya lebih berserah atas apa yang berlaku serta yakin segala yang terjadi dalam hidup beliau ada hikmah disebaliknya.
Dalam pada itu, sebab beliau memohon agar pihak mahkamah mengurangkan tempoh hukuman kerana memikirkan anak-anaknya yang memerlukan dia dan suami disisi mereka.
Terdahulu, pelakon jelita ni memberi alasan dirinya terlibat dalam penyalahgunaan dadah atas kerana masih berasa duka atas pemergian bapanya sejak tahun 2014.
The post Nia Ramadhani Mohon Hukuman Diringankan, Fikir Anak-Anak Kecil Di Rumah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments