#Hiburan: “Tengok Depan Mata Lagi Perit” – Achey Akui Sayu Lihat Realiti Nasib Mangsa Banjir Ketika Hulur Bantuan

Artis serba boleh, Achey mengakui ‘mati akal’ apabila melihat mangsa banjir tinggal sehelai sepinggang hingga tidak mampu meluahkan kata memujuk mereka yang ditimpa musibah.

Achey
1 hari lalu

Bawa Anak Lihat Keadaan Banjir, Achey Hanya Ingin Dedahkan Pada Isu Semasa Dan Keadaan Sekeliling

Advertisement

Menggerakkan misi membantu mangsa banjir bersama teman seperjuangannya, Fad, Achey ternyata sayu melihat realiti dihadapi mangsa banjir yang dirasakan lebih berat dan bukan seperti paparan dalam media sosial.

Paling sedih apabila melihat mereka tiada tempat tidur. Baju dipakai dari petang hingga malam adalah persalinan sama.

Menurut Achey, dia juga dapat melihat situasi menyayat hati apabila tiada apa-apa yang dapat diselamatkan kerana semuanya habis ditelan air dan lumpur ketika melawat mangsa banjir di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Advertisement

Achey turut memberitahu bahawa maksud ayatnya ‘apa yang kita nampak dalam media sosial tidak sama dengan realiti’ itu adalah kerana keadaan sebenar jauh lebih teruk.

Menjelaskan contoh situasi tersebut, Achey memaklumkan yang hampir 2,000 mangsa terjejas di kawasan Meru dan kesemua mereka kini hanya tinggal sehelai sepinggang dan mereka sangat memerlukan apa saja bekalan yang sampai.

Achey & Fad

Disebabkan itu, individu yang ingin menghantar bantuan perlu beri pelbagai barangan seperti tuala wanita, ubat gigi, sabun dan sebagainya.

Ujar Achey lagi, dia dan Fad sudah mengagihkan sumbangan kepada lebih 500 mangsa banjir di kawasan Sungai Buloh dan Meru dengan bantuan isteri masing-masing.

Achey yang telah menyediakan 10 kenderaan empat roda untuk membawa bekalan tersebut turut memaklumkan yang dia bersyukur kerana misinya dibantu beberapa sukarelawan yang ikhlas berkongsi keringat bagi membantu mangsa banjir.

Bukan itu sahaja, Achey juga berharap dia dapat menggunakan pengaruhnya untuk menarik lebih ramai insan prihatin membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

The post “Tengok Depan Mata Lagi Perit” – Achey Akui Sayu Lihat Realiti Nasib Mangsa Banjir Ketika Hulur Bantuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments