#Hiburan: Kes Songlap Duit Belum Selesai, Andi Bernadee Terpaksa Keluar Masuk Balai Polis

Kes dakwaan penipuan melibatkan kerugian wang berjumlah RM70,000 milik penyanyi Andi Bernadee yang dilaporkan Julai lalu nampaknya masih belum selesai.

Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan berhara individu terlibat segera dibawa ke muka pengadilan.

Advertisement

Menurut Andi, 30, dia sudah pergi ke balai polis sebanyak tiga kali untuk menyelesaikan siasatan kerana semua bukti telah diserahkan kepada pihak polis.

Tetapi disebabkan ada perubahan pegawai penyiasat (IO), jadi saya terpaksa datang ke balai polis sekali lagi untuk beri keterangan.

Penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu memaklumkan sekarang pihak polis dalam proses melengkapkan beberapa dokumen lagi dan dia sedang menunggu tarikh sebutan mahkamah untuk kes ini.

Cuma saya harap pihak berwajib mempercepatkan proses kes ini sebab dah lama sangat, sejak bulan Julai lagi.

Advertisement

Terdahulu, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga kerugian sebanyak RM 70,000. Individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

Susulan itu dia membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Andi Bernadee
2 bulan lalu

'Kawan Baik' Dah Direman Tiga Hari, Andi Bernadee Perjelas RM70k Duit Bayaran Drama Perisik Cinta Tak Diundang

The post Kes Songlap Duit Belum Selesai, Andi Bernadee Terpaksa Keluar Masuk Balai Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments