#Hiburan: Sophia Liana Dedah Sedia Ceburi Bidang Lakonan Namun Tidak Mahu Tergesa-Gesa

Tidak seperti dua rakannya dalam kumpulan De Fam yang kian mengorak langkah dalam bidang lakonan, penyanyi Sophia Liana mendedahkan yang dia tidak mahu tergesa-gesa ke arah sama.

Sophia Liana
4 hari lalu

Sophia Liana Wakili Malaysia Ke ASEAN Korea Music Festival Round 2021

Advertisement

Bagaimanapun, Sophia memaklumkan yang dia sedang dalam usaha untuk melebarkan sayap dalam bidang lakonan namun pada masa yang sama dia ingin memastikan hadir bersama kualiti.

Ada tawaran lakonan, jadi jangan terkejut kalau saya akan aktif dalam bidang lakonan.

Menurut Sophia, dia perlukan persiapan yang rapi kerana tidak mahu terlalu tamak dalam memastikan dia mampu memberikan hasil lakonan yang baik.

Advertisement

Tambah Sophia lagi, dia masih akan meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian seperti biasa walaupun suatu hari dia pastinya akan ke bidang lakonan.

Sophia Liana

Sophia atau nama sebenarnya Sohiatul Liana Mohamed Sobri turut mengatakan yang dia masih ada persembahan sekarang ini cuma dalam masa terdekat ini, fokusnya adalah untuk menjayakan Korea Music Festival tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Sophia sempat memberitahu yang fokus utamanya ketika ini adalah untuk mempunyai empayar perniagaan.

Walaupun menyedari perkara tersebut bukan satu usaha yang mudah namun Sophia yakin yang kerja keras adalah faktor utama kejayaan seseorang itu.

The post Sophia Liana Dedah Sedia Ceburi Bidang Lakonan Namun Tidak Mahu Tergesa-Gesa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments