Susulan daripada jangkitan wabak COVID-19 kali kedua yang dihadapi pelakon Aeril Zafrel, pelakon filem Sabda Kekasih itu meluahkan rasa syukur kerana isterinya yang juga pelakon, Wawa Zainal berserta anak-anaknya dilaporkan negatif.
Perkara tersebut disahkan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dan dia turut risau akan keadaan beberapa bapa saudaranya yang turut positif wabak itu.
View this post on Instagram
Dia yang menjalani ujian calitan bersama ketiga-tiga anaknya itu bersyukur kerana tidak dijangkiti namun berasa takut apabila memikirkan pandemik COVID-19 yang seperti tiada berkesudahan ini.
Wawa dalam pada itu turut mendoakan kesembuhan ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 menerusi sebuah hantaran Instagram yang dikongsikan bersama peminat.
View this post on Instagram
Terdahulu, Aeril ada mengesahkan bahawa dia sekali lagi positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Positif COVID-19 lagi. Tahun ini saja dah dua kali kena. Padahal, duduk rumah saja.” ujar Aeril di Instagramnya baru-baru ini.
Semoga cepat sembuh diucapkan buat Aeril dan ahli keluarganya yang lain.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Susulan Positif COVID-19 Kali Kedua, Aeril Zafril Syukur Wawa Dan Anak Negatif first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments