Penyanyi dan juga pelakon, Zarul Umbrella akui sikapnya yang hanya hidup di dalam gelembungnnya sahaja sedikit sebanyak untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam perbalahan mana-mana artis.
Menurut Zarul, dia sendiri mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai rakan selebriti terlalu rapat jadi tiada sebab untuk dia terlibat dalam mana-mana perbalahan yang berlaku sesama selebriti.
Kita semua pun dah dewasa, matang dan boleh berfikir dengan baik. Ada perkara perlu let go, kita let go.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi ketika ditemubual oleh Gempak, dia berasa kesal melihat rakan artis kebelakangan ini sering berbalah antara satu sama lain sekaligus memberi imej yang tidak enak kepada peminat dan juga netizen.
Sedia maklum, dengan adanya platform media sosial, terdapat beberapa artis yang sering kali dilihat bertelagah sesama sendiri sehinggakan sampai ke tahap saman-menyaman.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Semua Dah Dewasa, Matang..” Zarul Umbrella Kesal Artis Sering Bertelagah Sesama Sendiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments