Setelah sekian lama menyepi, penyanyi Najwa Mahiaddin yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi bualan hangat orang ramai di Instagram.
Walaupun sudah lama tidak membuat sebarang hantaran di dalam akaun Instagram tersebut, namun baru-baru ini netizen telah menyerang ruangan komen dalam gambar terakhir yang di muat naik oleh Najwa pada Januari lalu.
Walau bagaimanapun, penyanyi tersebut mengambil langkah untuk tidak melayan komen-komen pedas yang dtinggalkan oleh netizen di dalam ruangan komen tersebut dan juga telah menutup ruangan komen di gambar berkenaan.
Difahamkan, sebab netizen menghentam dan meninggalkan komen seperti itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan bapanya iaitu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika musim pandemik ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Akibat Tak Puas Hati Dengan Bapanya, Netizen ‘Serang’ IG Najwa Mahiaddin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments