Sedih rasanya apabila mendengar bahawa penyanyi Siti Sarah ditidurkan kini selepas oksigen dalam badan berkurangan dek COVID-19 selain menjalani pembedahan untuk mengeluarkan anak ke-4 miliknya dan suami, Shuib Sepahtu.
Redha dengan ujian ini, Shuib mendoakan kesembuhan isterinya selain meminta orang ramai supaya turut mendoakan kesihatan isteri dan anaknya yang dilahirkan pra-matang (8 bulan).
Menurut pelawak itu, dia dan isteri bersetuju untuk menamakan cahaya mata lelaki itu dengan nama Ayash Affan.
Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini.
View this post on Instagram
Tambah Shuib lagi, dia hampir hilang pertimbangan kerana langsung tidak menyangka perkara sebegini akan dilaluinya. Namun, dia kembali tenang apabila mendapat nasihat daripada golongan alim ulama.
Tipu la kalau cakap saya ni okay… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.
Pun begitu, Shuib kini berlapang dada dan reda dengan ujian Allah ini dan dia yakin bahawa ada kebaikan disebalik semua ini.
Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang
terbaik buat keluarga saya.
Sekadar pengetahuan, Shuib sekeluarga disahkan positif COVID-19 sejak minggu lalu.
Semoga Siti Sarah dan Ayash Affan cepat sembuh.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Sarah Nak Sangat Nama Ayash Affan” – Shuib Reda, Minta Semua Doakan Isteri Dan Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments