#Hiburan: Dikritik Pengacara Popular Guna Bahasa Kesat, Che Ta Luah Rasa Terkilan

Pelakon popular, Rozita Che Wan (Che Ta) baru-baru ini mencuri tumpuan apabila tampil dengan busana berwarna perak dengan labuci berkilau ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Instagram, Che Ta secara berseloroh bimbang baju akan reput jika dibiarkan terlalu lama di dalam almari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Walau bagaimanapun, gaya glamor Che Ta itu menerima kritikan daripada pengacara, Azwan Ali. Tulisnya di Twitter, pelakon wanita itu seperti sudah buang tabiat apabila tampil berpakaian sedemikian ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Kecewa dengan bahasa kurang sopan yang dilemparkan, Che Ta sendiri tidak mengetahui mengapa Azwan Ali sanggup berkata sedemikian. Menurutnya, dalam tahun ini sahaja, mereka sudah tiga kali bertemu dan sangat mesra di antara satu sama lain.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Meluahkan rasa kesal, isteri kepada Zain Saidin ini tidak menyangka rakan yang telah lama dikenalinya itu sebenarnya mempunyai masalah tanpa pengetahuannya.

Advertisement

che ta ppv

Tambahnya, sepanjang bertemu menerusi beberapa program tahun ini, mereka berbual mesra, mengambil gambar selfie dan membuat panggilan video bersama-sama.

Betul la kata orang. Kalau di depan mulutnya manis. Balik belakang lain bicara!

Di akhir hantaran, Che Ta menitipkan doa semoga Allah SWT memberi hidayah dan dia tidak lagi berkelakuan sedemikian. Orang ramai yang turut terkejut menasihati pelakon ini supaya bersabar sahaja dengan kerenah individu itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dikritik Pengacara Popular Guna Bahasa Kesat, Che Ta Luah Rasa Terkilan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments