Seorang pengusaha kosmetik terkenal bergelar Datuk dilaporkan akan dipanggil untuk siasatan lanjut apabila dia didakwa membuat video siaran langsung sedang menikmati durian bersama beberapa orang tetamu.
Video tersebut turut tular di media sosial dan sekaligus menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan netizen.
Berdasarkan video yang tular tersebut, usahawan tersebut telah dilihat telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam waktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sehubungan dengan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ku Mashariman Ku Mahmood telah mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara tersebut kira-kira jam 4 petang semalam.
Aliff syukri jumput orang datang makan durian dekat rumah tak kena saman ke pic.twitter.com/GzemADqE5c
Advertisement— PKYHN ? (@pikyahan) July 30, 2021
Tangkap layar dari media sosial oleh seorang individu pada Jumaat telah tular kira-kira 1.10 petang. Usahawan berusia 34 tahun itu sedang bersiaran langsung sambil menikmati buah durian bersama individu lain. Pengusaha kosmetik tersebut adalah seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.
Ku Mashariman sempat memberi nasihat kepada orang ramai di luar sana agar sentiasa mematuhi SOP selain berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau kandungan media sosial agar tidak mengundang persepsi negatif yang boleh mendatangkan fitnah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Buat ‘Live’ IG Makan Durian Beramai-Ramai, Usahawan Kosmetik Akan Disiasat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments