#Hiburan: Boleh Bertukar Pendapat, Nabila Razali Cadang Pihak KKM Buka Ruangan Komen

Penyanyi dan juga pelakon, Nabila Razali kelmarin ada mengemukakan cadangan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak menutup ruangan komen di platform media sosial.

Ujar Nabila Razali yang lebih mesra disapa sebagai Bella itu lagi, orang ramai boleh mengemukakan cadangan dan idea dalam mengurangkan kes harian COVID-19 di negara kita.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ??? (@nabila.razali)

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga menyeru orang ramai agar menjadikan ruang komen tersebut sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat dan bukannya tempat untuk menuding jari.

Cakna dengan situasi terkini, Bella meminta netizen agar tampil memberikan buah fikiran dan cadangan bernas serta aduan seperti kilang-kilang yang tidak mematuhi SOP dalam ruangan komen tersebut.

Dalam pada itu, Bella juga sempat mengucapkan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan di atas perkhidmatan mereka sepanjang negara dilanda pandemik semenjak dua tahun yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Boleh Bertukar Pendapat, Nabila Razali Cadang Pihak KKM Buka Ruangan Komen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments