#Hiburan: “Rugi Anugerah Allah Berikan Suara Merdu Saya Tak Gunakan” – Aliff Syukri Mahu Rakam Lagu Baru?

Rasanya semua sedia maklum bahawa setiap tindak-tanduk Datuk Aliff Syukri akan mendapat perhatian ramai. Malah lelaki itu menggunakan peluang tersebut untuk kelebihannya.

Meskipun menerima pelbagai kritikan, nampak gayanya usahawan popular itu masih belum lelah bagi menyumbangkan bakat nyanyiannya buat industri muzik tanah air.

Khabarnya, dia mahu mengeluarkan sebuah single terbaru berjudul ‘Sunyi’ nanti. Ianya bagi menggambarkan kesunyian yang dilalui kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.

Advertisement

Tambahnya, rugi jika dia mensia-siakan bakat yang terpendam di dalam dirinya.

Awak boleh terima tak? Rugi anugerah Allah berikan suara yang merdu saya tidak gunakan.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen meninggalkan kata sokongan buat Aliff Syukri selain meluahkan rasa tidak sabar untuk mendengarkan lagu terbaru itu.

Tak kurang juga, ada yang bergurau dan mengatakan bahawa lagu baru itu nanti boleh ditetapkan sebagai nada dering dan set penggera buat mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Rugi Anugerah Allah Berikan Suara Merdu Saya Tak Gunakan” – Aliff Syukri Mahu Rakam Lagu Baru? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments