Pelakon dan juga usahawan, Elfira Loy tampil menjelaskan beberapa kekeliruan melibatkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf yang dianggap sebagai seorang bayi yang memilih makanan ataupun ‘picky-eater’ oleh segelintir netizen.
Kata Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, Rayyan hanya tidak gemar untuk makan makanan yang diperbuat daripada tepung seperti lempeng dan waffle.
View this post on Instagram
Disebabkan oleh itu, ujar pelakon drama Aku Bukan Malaikat ini lagi, anaknya lebih memilih untuk makan nasi atau pasta atau mee untuk sarapan.
“Biarkan saya menjelaskan kerana saya tidak suka jika ada segelintir orang yang assuming sesuatu. Anak lelaki saya bukan picky eater. Bukan bermaksud dia tidak suka cekodok, bererti dia picky eater. Boleh tak kita berhenti panggil bayi kita dengan picky eater? Dia hanya tak suka cucur. Dia tak berapa berkenan benda bertepung.”
Sebelum ini, usahawan produk sambal ini ada memuat naik video memaparkan gelagat Rayyan yang seolah-oleh cuba menjaga hati ibunya dengan berpura-pura makan cucur berasaskan tepung dan pisang itu.
View this post on Instagram
Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
The post Rayyan Khalaf Tak Makan Cekodok, Elfira Loy Nafi Anak Sulungnya Memilih Makanan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments