#Hiburan: Disangka Hamil, Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

Penyanyi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Ernie Zakri tampil menafikan dakwaan mengenai berita yang mengatakan dirinya kini hamil.

Isteri kepada penyanyi Syamel ini berkata, berat badannya kini meningkat selepas mendirikan rumah tangga namun bukanlah disebabkan oleh berbadan dua.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Advertisement

“Itu bukan ‘baby bump’. Dalam perut tu makanan. Jangan buat saya macam ini. Saya sangat suka makanan sampai lepas kahwin tidak berhenti makan nasi. Namun, saya dah berhenti makan nasi sekarang dan kembali kepada gaya hidup sihat.”

Perkara tersebut dijelaskan Ernie menerusi sebuah twit yang dimuat naik di laman media sosial Twitter peribadinya, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Meskipun begitu, penyanyi lagu Boneka ini mengambil desas-desus mengenai kehamilan itu sebagai doa buat dirinya.

Terdahulu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,28, telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Syamel pada 26 Mac lalu bertempat di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

BACA: Hanya Enam Bulan Beroperasi, Restoran Ernie Zakri Dan Syamel Terpaksa Ditutup

The post Disangka Hamil, Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments