Akui merasa terkilan apabila dia dituduh netizen masih lagi terlibat dalam gejala penagihan dadah ketika dia membuat persembahan secara langsung untuk Artise Voice of Legend (AVOL) menerusi laman Facebook, kelmarin.
Ujar Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail,52, tuduhan tersebut boleh dianggap sebagai fitnah yang boleh menjejaskan nama baiknya.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan itu, dia telah membuat laporan polis terhadap dua individu di Balai Polis Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.
“Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau perkataan saya ini menganggu sesetengah pihak. Ketika saya membuat persembahan di AVOL semalam, ada orang komen negatif kata saya masih lagi hisap dadah. Rasanya orang-orang yang berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap orang lain elok pergi mati sahajalah.”
Advertisement
Pelantun lagu Sampai Hati itu menzahirkan perasaaan kecewanya itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya.
Tambahnya lagi, orang yang memfitnahnya itu keberangkalian besar terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
View this post on Instagram
Terdahulu, ketika penyanyi kumpulan Spring itusedang membuat persembahan, seorang individu telah meninggalkan komen menuduh Ameng masih lagi menghisap dadah kerana dilihat seolah-olah mengacipkan dirinya (ketap gigi) ketika menyanyi.
Komen individu tersebut kemudiannya disambut seorang lagi netizen Facebook apabila dia meninggalkan kata-kata seolah-oleh bersetuju dengan komen tersebut.
The post Gigi ‘Kacip’ Macam Tengah Khayal Hisap Dadah, Ameng Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments