#Hiburan: ‘Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik’ – Ucapan Hari Jadi Aiman Hakim Buat Isteri, Sweet Habis!

Pada 5 Januari lalu, pasangan merpati dua sejoli, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim telah selamat menimang anak cahaya mata sulung lelaki mereka. Pasangan ini membuat keputusan untuk melahirkan bayi di Australia memandangkan keluarga Zahirah menetap di sana.

BACA: “Tahun Depan Kami Balik Bertiga” – Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Berangkat Ke Australia Untuk Urusan Bersalin

Advertisement

Terbaru, Aiman Hakim telah memuat naik ucapan romantis sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-26. Apa yang menarik perhatian, gambar yang dimuat naik menunjukkan Zahirah sedang tidur di samping anak. Tidur pun cantik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Menerusi ucapan tersebut, Aiman meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kerana telah menjadi ibu yang hebat buat anak mereka. Dia juga berterima kasih kerana Zahirah sanggup berkorban masa, tubuh, umur yang muda dan hari jadi untuk membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Katanya, tiada apa yang boleh membayar segala pengorbanan yang telah dibuat.

Di ruangan komen, netizen turut meraikan ulang tahun tersebut dengan meninggalkan ucapan buat pasangan ini. Semoga bayi membesar dengan sihat!

The post ‘Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik’ – Ucapan Hari Jadi Aiman Hakim Buat Isteri, Sweet Habis! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments