#Hiburan: Tak Pernah Tinggal Solat Di Set Penggambaran, Ramona Zam Zam Dedah Sikap Sebenar Mira Filzah

Pelakon Ramona Zam Zam menyifatkan aktres Mira Filzah sebagai artis yang paling disegani pada ketika ini kerana sikap merendah diri dan tenang, berbanding dengan dirinya yang agak ‘kecoh’ dan kelam kabut.

Ramona Zam ZamSumber : Instagram Ramona Zam Zam  

Menurut Ramona, Mira memiliki keperibadian yang sangat tenang dan perkara itu disedarinya ketika mereka berdua terlibat dalam penggambaran drama bersama baru-baru ini.

Advertisement

Dia mendedahkan sikap pelakon drama Adelea Sofea itu menerusi akaun Instagramnnya ketika menjawab soalan peminat di segmen Ask Me A Question.

IG Ramona Zam ZamSumber : Instagram Ramona Zam Zam  

“Mira Filzah artis kegemaran. Kali terakhir kami lakukan penggambaran bersama saya beroleh aura ketenangan daripadanya. Saya suka berada di sampingnya kerana Mira teramat tenang. Dia sangat lemah lembut dan sopan berbanding dengan diri saya. Ramona = Ribut..”

Malah, Ramona berkata Mira sangat mementingkan solat meskipun terpaksa membuang solekan berulang kali ketika di set penggambaran.

Dan disebabkan oleh itu, dia mula memahami mengapa ramai rakan artis amat menyenangi aktres itu di mana sahaja dia berada.

Difahamkan kedua pelakon wanita ini bakal muncul bergandingan dalam sebuah projek telefilem terbaru yang bakal bersiaran di saluran Astro First tidak lama lagi.

The post Tak Pernah Tinggal Solat Di Set Penggambaran, Ramona Zam Zam Dedah Sikap Sebenar Mira Filzah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments