#Hiburan: Tular Video Menangis Sambil Tangan Bergari, Sajat Nafi Masuk Lokap..-“Orang Cuba Nak Khianat Kita..”

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah video mamaparkan pengusaha kosmetik terkenal Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman sedang menangis sambil tangannya bergari.

Sajat

Susulan itu, warga maya telah tampil membuat spekulasi mengatakan Sajat telah ditahan dan dipenjarakan kemungkinan oleh kalah kes di mahkamah yang melibatkan perniagaannya yang kecoh baru-baru ini.

Advertisement

Terbaru, Sajat telah muncul di Instagram Live menggunakan akaun @Nursajatgold02 dan menafikan dirinya ditangkap tetapi sebenarnya dirinya telah dikhianati.

 

@rudyaj01#GreenScreenScan sajat d gari ????? original sound – ?

“Masa bilalah saya kena tangkap, tak baik cakap macam tu. Panjang cerita, orang cuba nak khianat kita. Tapi okaylah kan.. Elok je saya ada dekat sini ha. Kalau kena tangkap dah lama dekat dalam sayang oi. Merepek jelah. Elok je Sajat dalam ni? Nampak tak?

Advertisement

Sempat berseloroh, Sajat berkata dirinya merupakan orang yang asli bukan hantu ketika bersiaran secara langsung bersama peminat setia di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUR SAJAT GOLD (@nursajatgold02)

Dalam pada itu, Sajat juga sempat menjelaskan mengenai kehilangan akaun Instagramnya dan teman baiknya Jados, pengusaha terkenal itu secara ringkas memaklumkan bahawa mereka berdua kini berehat seketika di media sosial dan kini ingin fokus dalam bisnes.

The post Tular Video Menangis Sambil Tangan Bergari, Sajat Nafi Masuk Lokap..-“Orang Cuba Nak Khianat Kita..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments