Selepas kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai kisah ‘trademark’ nama ‘Harimau Menangis’, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini menjelaskan bahawa dia nekad menarik balik permohonan nama tersebut daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Jelas wanita itu, dia meminta maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukannya selain berharap agar keputusannya itu dapat meredakan isu tersebut daripada menjadi bualan ramai.
“Saya membuat keputusan membatalkan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan. Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan itu dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.”
Advertisement
Perkara tersebut dikongsikan oleh Noor Kartini menerusi satu sidang media secara visual yang berdurasi selama lima minit sebentar tadi.
Malah ibu kepada usahawan wanita popula itu menegaskan bahawa dia tidak mempunyai niat langsung untuk menutup periuk nasi sesiapa terutamanya sesiapa yang berniaga produk daging ‘Harimau Menangis’ itu.
“Bukan tujuan saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa. Saya berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.”
Harapnya perkara ini telah pun selesai hendaknya.
The post “Saya Sedar Kekhilafan Yang Dilakukan” – Noor Kartini Tarik Balik Permohonan ‘Trademark’ Harimau Menangis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments