Pelakon versatil Zarina Zainuddin sering berkongsikan mengenai keletah anak kembar istimewanya iaitu Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini berusia 22 tahun di media sosial Instagram.
Baru-baru ini perkongsian Zarina mengenai salah seorang anak kembarnya iaitu Razil yang lebih dikenali sebagai Azil telah menarik perhatian peminat yang mengikuti perkembangan anak beranak ini.
Menurut Zarina, Azil seorang yang sangat pembersih dan kemas. Dia juga menyifatkan permata hati istimewanya itu sebagai seorang yang pandai berdikari meskipun dilahirkan tidak sempurna.
Mendedahkan anaknya itu sering mandi 10 kali dalam masa sehari, Zarina menzahirkan perasaan kasih buat kedua-dua anaknya itu.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum dinner time for Azil..Azil ni pembersih dia mandi sehari 10 kali setiap kali turun ke bawah naik atas bilik dia akan terus mandi. Baju dia akan bawak turun sendiri satu bakul ke bawah kadang saya pun pening dia main masuk jer semua baju dalam mesin basuh, jadi kenalah kami pantau asingkan balik baju berwarna dan baju putih”
Zarina turut sempat menceritakan karenah anaknya yang pembersih dan gemar membasuh baju menerusi perkongsian Instagram tersebut. Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini juga turut berjanji akan menjaga kedua-dua anak istimewa ini hingga ke syurga.
View this post on Instagram
Sekadar info, Zarina telah mendirikan rumah tangga bersama suami iaitu Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993 yang lalu dan kini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu kembar Razil dan Raizal,22, Muhammad Naim Azraidan,15, dan Muhammad Adam Azrai yang kini berusia 12 tahun.
The post Mandi 10 Kali Sehari, Zarina Zainuddin Kongsi Jaga Pengalaman Anak Istimewa Untuk Tatapan Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments