“Sopan je dia mintak..” Begitulah komen pelawak dan pengacara radio, Ajak Shiro apabila beliau telah menerima mesej lucah yang mungkin dihantar oleh peminat di laman instagram miliknya.
Ajak yang telah memuat naik tangkap layar mesej tersebut untuk tatapan pengikutnya di media sosial tersebut menjelaskan bukanlah niatnya untuk memalukan pengirim sebaliknya untuk memberi pengajaran kepada orang lain.
Menurutnya, jika niat untuk memalukan si pengirim, sudah pasti nama pengirim tersebut telah didedahkan ketika posting itu dimuat naik di IG miliknya, kelmarin.
Dia yang ditemui Gempak.com mengulas bahawa kini ramai orang-orang muda yang terlalu berani dan terbuka untuk mengirim mesej yang tidak senonoh.
“Bayangkan kalau mesej ini dihantar kepada orang yang salah? Sudah tentu akan berlaku kes-kes tidak diingini dan ianya cukup membimbangkan,”
Ajak juga turut berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak. Baginya, tak salah nak ‘stalk’ laman sosial anak masing-masing dalam usaha mengelakkan benda-benda yang tidak seharusnya berlaku.
Sumber: Gempak.com
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments